14 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SEKITAR ALOR SETAR

AKTIVITI PEMBERIAN KAIN RENTANG DAN ALAT PENIMBANG DI SEKOLAH-SEKOLAH TABIKA DI SEKITAR ALOR SETAR DAN SMK LANGGAR


Sebagai pengiktirafan kepada sekolah-sekolah tabika yang aktif dalam program Bank Kitar Semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menghadiahkan sebuah alat penimbang dan kain rentang masing-masing kepada pihak Sekolah Tabika KEMAS Seberang Kota, Taman Kota Nelayan dan Tabika & Taska Permata Perpaduan Pokok Sena pada 14 Oktober 2012. Hal ini memungkinkan kegiatan 3R yang lebih aktif dijalankan di sekolah-sekolah tabika terbabit. Keseronokkan jelas terpancar di wajah para guru dan murid-murid sekolah tabika berkenaan. Oleh yang demikian, selepas ini, pihak sekolah tabika boleh menggunakan alat penimbang yang telah diberikan oleh PPSPPA tanpa mengharapkan alat penimbang daripada pihak vendor dan ini memudah dan mempercepatkan proses kutipan barangan kitar semula.



Begitu juga halnya dengan SMK Langgar yang merupakan sekolah yang aktif dalam menjalankan pojek membuat baja organik daripada teknik pengkomposan menggunakan kaedah Takakura yang diperkenalkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah juga telah menghadiahkan satu kain rentang berkenaan dengan cara membuat dan menggunakan baja kompos kepada pihak sekolah berkenaan untuk tatapan dan rujukan murid-murid baru yang perlu dididik berkenaan dengan ilmu pengurangan sisa makanan tersebut. Insyaallah, pihak PPSPPA akan mencari lagi komuniti yang berminat untuk membuat baja organik daripada sisa makanan untuk memperluaskan kempen 3R ini ke seluruh negeri Kedah.


Tiada ulasan: