24 Oktober 2012

PROGRAM 3R DI SK PEDU

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PEDU

Setelah setahun program 3R tidak berjalan aktif di SK Pedu, kini buat pertama kalinya pada 24 Oktober 2012, sekolah terbabit memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah untuk memulakan program berkenaan. Permohonan tersebut juga diselangi dengan pameran dan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah dan juga dengan kerjasama Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah yang diwakili oleh En Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diyana Bt Abu Bakar dengan kerjasama vendor berhampiran membantu dari segi aktiviti kutipan barangan kitar semula manakala Pn Shazriza dan dua anggota Penguatkuasa Padang Terap menumpukan aktiviti gotong-royong di sekolah berkenaan. 









Pada hari tersebut, sebanyak 866 kg kertas dan kotak terpakai, 44.5 kg botol-botol plastik, 135.5 kg kertas putih, 4 kg tin-tin susu, dan 2 kg tin aluminium telah diperolehi daripada warga sekolah yang terdiri daripada murid-murid, para guru dan staf-staf sokongan. Tidak lupa juga sumbangan daripada pihak kantin, persatuan-persatuan dan kelab-kelab sekolah dan badan PIBG yang menyokong perjalanan aktiviti berkaitan. Terima kasih diucapkan. Hasilnya, sebanyak RM 300.00 lebih wang tunai yang dipulangkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada penyumbang barangan lusuh yang terlibat.

Tiada ulasan: