Para warga kerja dan staf-staf sokongan di Kompleks Kerajaan Wisma Darul Aman telah menjalankan program 3R iaitu aktiviti pengumpulan dan pengasingan barangan kitar semula pada 11 November 2012, pukul 10.00 pagi. Dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah dan juga vendor berhampiran, aktiviti tersebut berjaya mengumpul sebanyak 171 kg kertas cetakan hitam putih, 513 kotak-kotak terpakai atau kertas warna, 31 botol plastik yang tidak digunakan lagi serta 4.5 kg tin-tin susu. Hasilnya, sejumlah RM 200.00 lebih telah diagihkan kepada staf-staf sokongan dan warga kerja yang terlibat. Aktiviti yang sama akan diadakan pada 2 Disember 2012 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan