2 Disember 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN SRI TAMAN DAN LORONG BAYU, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN SRI TAMAN DAN LORONG BAYU, ALOR SETAR

Buat pertama kalinya, para penduduk Taman Sri Taman dan Lorong Bayu, Alor Setar terlibat dalam program 3R anjuran pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah pada 2 Disember 2012. Aktiviti kutipan barangan kitar semula tersebut dijalankan berikutan dengan pengaruh aktiviti yang sama di Wisma Darul Aman menarik perhatian warga kerja di sana yang mana merupakan salah seorang daripada penduduk Taman Sri Taman. Sesungguhnya program ini amatlah penting untuk mendisiplinkan masyarakat supaya membersihkan alam sekitar.




Kutipan di seluruh komuniti taman berkenaan adalah sebanyak lebih kurang 360 kg bersamaan dengan RM 100.00 lebih telah diberikan kepada komuniti taman dengan kerjasama syarikat vendor yang dilantik.

Tiada ulasan: