13 Disember 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF RESTORAN MAKANAN SEGERA MCD, CITY PLAZA

Sepanjang bulan Disember 2012, sebanyak 4 kali aktiviti penjualan barangan kitar semula seperti kotak-kotak dan sebagainya telah dijalankan oleh staf-staf restoran makanan segera McD, City Plaza. Aktiviti 3R pada 13, 23, 26, dan 30 haribulan Disember 2012 yang telah dijalankan oleh para staf restoran berkenaan disambut baik oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan dengan kitar semula dan pembersihan di restoran tersebut. Sebanyak hampir 500 kg barangan kitar semula yang telah dihantar dan dijual oleh staf-staf restoran berkenaan dan mereka telah membawa pulang sejumlah RM 120.00 lebih daripada aktiviti penjualan tersebut selama sebulan.











Tiada ulasan: