2 Disember 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN SULTAN BADLISHAH, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TAMAN SULTAN BADLISHAH, ALOR SETAR

Pada 2 Disember 2012, satu program 3R di komuniti Taman Sultan Badlishah telah dijalankan selepas program 3R yang sama di Wisma Darul Aman dan komuniti Taman Sri Taman serta Lorong Bayu, Alor Setar. Aktiviti kutipan barangan kitar semula ini dijalankan buat pertama kali oleh salah seorang penduduk taman terbabit untuk mengemas rumahnya. Dengan bantuan pihak vendor berhampiran, banyak barangan kitar semula yang diperoleh daripada persekitaran rumah penduduk berkenaan iaitu sebanyak 53 kg bersamaan dengan RM 20.00 lebih telah diberikan kepada beliau. Pihak PPSPPA Negeri Kedah berharap agar program sedemikian dijalankan pada setiap bulan untuk memastikan kebersihan sesebuah komuniti di Alor Setar terjamin.



Tiada ulasan: