5 Disember 2012

PROGRAM 3R DI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA DAN PPSPPA NEGERI KEDAH

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH DAN KOMUNITI KOMPLEKS MEMBELI-BELAH CITY PLAZA

Pada 5 Disember 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah menjalankan aktiviti penjualan barangan kitar semula kepada pihak vendor yang berhampiran untuk membersih dan menceriakan lagi kawasan sekitar pejabat.



Kali ini, sebanyak 200 kg lebih barangan kitar semula yang berjaya ditimbang dan dijual bersamaan dengan RM 60.00 lebih diperolehi daripada program 3R tersebut. Alang-alang aktiviti tersebut dijalankan di pejabat PPSPPA, komuniti kompleks City Plaza juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti yang sama dengan bantuan dan kerjasama pihak PPSPPA. 






Komuniti kompleks berkenaan juga menyokong kempen 3R yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Hal ini terbukti apabila lebih 300 kg kotak-kotak terpakai disumbangkan oleh kedai-kedai menjual telefon bimbit yang menyewa di kompleks tersebut. Hasilnya, sejumlah hampir RM100.00 telah diberikan kepada mereka. Syabas diucapkan.

Tiada ulasan: