4 Disember 2012

ENZIM MESRA ALAM !!!!!

PENGENALAN: CARA BIJAK KITAR SEMULA SAMPAH DAPUR DI RUMAH !!!

Tahukah anda bahawa sisa buangan organik seperti kulit buah-buahan, sayur-sayuran, ubi kentang, bawang dan daging yang belum dimasak boleh dijadikan enzim???  Enzim merupakan pengganti kepada sabun yang dihasilkan secara kimia. Ia membantu dalam memelihara saluran dan saliran air kita, sungai dan laut dan memulihara alam sekitar. Dengan mengamalkan kaedah ini anda dapat mengurangkan kuantiti sampah yang dihasilkan pada setiap hari dan seterusnya membantu dalam mengurangkan kesan pemanasan global!

BAHAN YANG DIGUNAKAN

- 10 bahagian air
- 1 bahagian gula merah
- 3 bahagian kulit buah-buahan / sayuran
- botol / tong plastik yang ada penutup

KAEDAH MEMBUAT ENZIM

- Campurkan 100g gula merah dengan 1 liter air.
- Kacau hingga gula merah hancur. 
- Masukkan larutan tersebut ke dalam botol plastik 1.5 liter.
- Masukkan 300g sisa buangan organik seperti kulit buah-buahan, sayuran dan lain-lain (makanan yang tidak perlu / tidak dimasak / hendak dibuang.
- Tutup botol plastik tersebut dan simpan dalam tempat gelap selama 3 bulan. Catatkan tarikh pada botol tersebut sebagai rujukan.
- Buang gas yang terhasil di dalam botol plastik setiap hari sepanjang 3 - 4 minggu.
- Selepas 3 bulan, tapis / asingkan enzim dan sisa peraman.
- Enzim sedia digunakan.

FORMULA RAMUAN ENZIM

Ramuan                 Bahagian            Cth 1           Cth 2             Cth 3

Gula Merah                  1                     1 kg             2 kg                0.5kg
Sisa Buahan/               3                     3 kg             6 kg                1.5 kg
Sayuran
Air                               10                   10 liter        20 liter              5 liter

KEBAIKAN ENZIM

- Boleh dijadikan bahan pencuci peralatan rumah dan lantai dengan melarutkan 1 bahagian bahan pencuci dengan 1 bahagian enzim ke dalam 10 bahagian air.
- Boleh dibuat rendaman sayur dan buah dengan melarutkan 1 bahagian enzim ke dalam sebekas air.
- Boleh dijadikan sebagai racun penghalau serangga seperti semut, lipas, nyamuk dan lalat.
- Boleh menghilangkan bau busuk dalam tandas.
- Boleh dijadikan baja organik.
- Mengelakkan sistem paip daripada tersumbat.
- Mencuci dan mengurangkan bau kandang ternakan.
- Menukarkan tanah pasir menjadi subur.
 
PERINGATAN!

- Enzim tidak boleh dimakan.
- Tinggalkan sedikit ruang di atas botol untuk proses pemeraman.
- Elakkan botol daripada pancaran matahari.

ANDA MAMPU MENGUBAH KEADAAN ALAM SEKITAR KITA ! :-)

Dari hari pertama anda mula membuat enzim, proses pemangkinan akan mengeluarkan gas ozon (O3) yang boleh mengurangkan gas karbon dioksida (CO2) di alam atmosfera dan logam berat yang memerangkapkan kepanasan di dalam awan. Bahang kepanasan boleh dikurangkan daripada bumi, makan akan mengurangkan kesan-kesan rumah hijau dan pemanasan global.


Tiada ulasan: