3 Disember 2012

PROGRAM 3R DI MASJID AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOPERASI MASJID AMAN, ALOR SETAR




Selepas kutipan barangan kitar semula di Masjid Aman pada bulan lepas, kini pada 3 Disember 2012, pihak koperasi masjid berkenaan sekali lagi menjalankan program 3R dengan kerjasama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah. Dengan bantuan vendor berhampiran, sebanyak 57 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak terpakai dan botol plastik telah diasingkan dan ditimbang. Sejumlah RM 16.00 lebih telah diberikan kepada pihak koperasi masjid berkenaan.

Tiada ulasan: