6 Disember 2012

PROGRAM 3R DI TAMAN WIRA, ALOR SETAR

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR TAMAN WIRA, ALOR SETAR

Aktiviti gotong-royong sememangnya sinonim dengan kewujudan pihak PPSPPA di negeri Kedah kerana skop tugas kami dalam memastikan kebersihan dan keceriaan alam sekitar terjamin. Berikutan dengan itu, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menganjurkan satu program gotong-royong di Taman Wira, Alor Setar pada 6 Disember 2012 dan pihak PPSPPA Negeri Kedah telah dijemput untuk bekerjasama menjayakan program berkenaan. 





Segala persiapan dan pembahagian kumpulan telah dijalankan di dataran berhadapan dengan Masjid Zahir dan Wisma Negeri. Minum pagi juga disediakan bagi memberikan tenaga yang mencukupi kepada semua peserta gotong-royong. Selepas itu, semua peserta terus bergerak ke Taman Wira untuk memulakan acara gotong-royong.





Semasa sampai sesi, penerangan diberikan oleh Pengerusi Taman Wira dan pemberian peralatan gotong-royong serta sarung tangan kepada peserta. Kebanyakan aktiviti kali ini lebih tertumpu di sekitar surau dan taman-taman permainan.




Aktiviti gotong-royong ini juga mendapat kerjasama yang positif daripada penduduk setempat, pihak MBAS dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd yang menyediakan perkhidmatan tong-tong sampah, lori kutipan sampah dan juga beg-beg plastik. Elemen-elemen 3R juga diterapkan dalam program ini seperti pengurangan sampah dan penggunaan semula beg-beg plastik terpakai yang dijumpai untuk digunakan sebagai beg plastik kutipan sampah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Tiada ulasan: