3 Disember 2012

PROGRAM 3R DI DEWAN-DEWAN BADMINTON DAN KOMUNITI TAMAN PUMPONG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI DEWAN-DEWAN BADMINTON DAN KOMUNITI TAMAN PUMPONG







Selepas menjalankan program 3R di Masjid Aman, warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah diiringi dengan pihak vendor singgah sebentar di Dewan Badminton KBA, Jalan Suka Menanti dan Dewan Badminton Dato Syed Omar, Jalan Langgar, Alor Setar untuk menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula. Di kedua-dua lokasi berkenaan, sebanyak lebih kurang 100 kg barangan kitar semula berjaya ditemui dan ditimbang. Hasilnya, sejumlah RM66.00 lebih telah diberikan kepada pihak pengurusan kedua-dua kompleks sukan tersebut masing-masing. Setelah aktiviti di sana berakhir, kami mendapat panggilan daripada En Raju, salah seorang penduduk Taman Pumpong untuk menjalankan program 3R di rumahnya. Sebanyak 60kg lebih barangan kitar semula yang disumbangkan oleh beliau dan sejumlah RM25.00 lebih diberikan kepada beliau.

Tiada ulasan: