9 Disember 2012

PROGRAM 3R DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, JITRA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI TAMAN IHSAN, JITRA

Komuniti Taman Ihsan sekali lagi menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 9 Disember 2012. Kali ini, antara komuniti taman tersebut yang turut serta adalah kedai minuman Abg Amran yang menyumbangkan sebanyak lebih 90 kg tin-tin susu terpakai semasa program 3R berkenaan dijalankan. Dengan bantuan vendor berhampiran, sejumlah RM 25.00 lebih hasil jualan tin-tin susu tersebut diberikan kepada kedai minuman berkenaan. Pada hari yang sama juga, salah seorang komuniti taman tersebut iaitu kedai tayar Golden Speed Wheels juga menyumbangkan barangan kitar semula bagi menyokong kempen kitar semula yang dijalankan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah. Sebanyak 100 kg kotak-kotak yang tidak digunakan dijual oleh pihak kedai tayar tersebut dan sebagai hasilnya RM 28.00 hasil jualan diberikan kepada kedai berkenaan. Komuniti taman berkenaan merasa amat bertuah kerana mempunyai pondok pengumpulan barangan kitar semula untuk memudahkan mereka menyimpan dan mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula daripada disimpan di rumah mereka. Walaubagaimanapun, kesedaran awam yang tidak berleluasa menyebabkan keadaan pondok tersebut usang, busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, tikus dan anjing liar. Selain itu, keadaan persekitaran pondok tersebut dipenuhi dengan lalang dan rumput yang memanjang menyebabkan tiada siapapun yang ingin ke situ menyimpan barangan kitar semula. Hal ini amat menyedihkan apabila segala barangan kitar semula yang terbiar di dalam pondok itu tidak dikutip oleh pihak tertentu dan jikalau dikutip pon, semua barangan tersebut tetap dibuang ke tapak pelupusan. Selain itu, pihak komuniti terdekat yang menyokong kempen 3R dengan menyimpan barangan kitar semula milik mereka di dalam pondok berkenaan mendakwa, kadang-kala ada pihak vendor yang mengutip barangan di pondok tersebut, tetapi tidak menjual barangan lusuh berkenaan dan tidak memberikan apa-apa pulangan kepada mereka.







Tiada ulasan: