11 Disember 2012

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN TELUK WAN JAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN TELUK WAN JAH

Selepas kutipan terakhir pada bulan Ogos 2012, kini pihak pengurusan Tabika Perpaduan Teluk Wan Jah, Alor Setar sekali lagi menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 11 Disember 2012. Hal ini berikutan permohonan pihak pengurusan tabika berkenaan kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untuk membersihkan kawasan sekitar tabika tersebut yang dipenuhi dengan sisa pepejal yang terdiri daripada barangan kitar semula. Kerjasama yang erat telah diberikan oleh pihak guru tabika berkenaan dan juga vendor berhampiran.





Hasil kutipan barangan kitar semula di tabika tersebut adalah sejumlah RM 10.00 lebih bersamaan dengan hampir 40 kg kertas-kertas berwarna yang dikumpul oleh guru-guru dan murid-murid tabika berkenaan sebelum musim cuti sekolah bermula. Terima kasih diucapkan kepada pihak tabika tersebut atas sokongan terhadap kempen kitar semula yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah walaupun pada musim cuti sekolah. Hal ini membuktikan bahawa kesedaran awam masyarakat di Alor Setar pada amalan kitar semula semakin meningkat.

Tiada ulasan: