3 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK DARUL AMAN



Pihak pengurusan Pendidikan Khas, SMK Darul Aman telah menjalankan program 3R pada 3 April 2013. Program berkenaan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula yang mana kertas-kertas terpakai, botol-botol plastik terbuang, tin-tin minuman dan sebagainya telah dikumpul dan diasingkan mengikut jenis. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah dan pihak vendor yang dilantik. 






Hasil kutipan barangan kitar semula adalah sebanyak 73 kg bersamaan dengan RM 32.40 telah disumbangkan oleh pihak vendor berkenaan kepada tabung Pendidikan Khas sekolah tersebut. Pihak PPSPPA berharap lebih banyak sekolah yang berminat dengan program 3R ini untuk membantu tabung Pendidikan Khas mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan. Sambil menjana tabung tersebut, kebersihan sekolah akan sentiasa dikekalkan.

Tiada ulasan: