8 April 2013

PROGRAM 3R DI TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI PUTRA

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI PUTRA, KUALA KEDAH

 





Sekolah Tabika Perpaduan Taman Sri Putra, Kuala Kedah merupakan sekolah tabika kedua yang menyertai Program 3R anjuran PPSPPA Kedah pada tahun 2013. Pada 8 April 2013, satu ceramah berkaitan dengan program Bank Kitar Semula telah disampaikan oleh Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk melancarkan kempen 3R di sekolah berkenaan. Segala jenis barangan kitar semula dan harga setiap jenis barang telah diberikan pendedahan kepada kanak-kanak yang merupakan murid-murid sekolah tersebut. Hal ini untuk menarik perhatian dan mengembangkan semangat mereka untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Ceramah ini sangat berkesan untuk mendidik generasi muda untuk mencintai alam sekitar.

Tiada ulasan: