2 April 2013

PROGRAM 3R DI KG SG TENGAS

AKTIVITI PEMANTAUAN AMALAN PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI KG SG TENGAS, KULIM

Selepas aktiviti ceramah dan pameran PADA 17 Mac 2013 berkenaan dengan program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura, akhirnya Penduduk Kg Sg Tengas telah menggunakan set Compost Chang daripada pemberian pihak PPSPPA Kedah untuk diamalkan pada setiap hari. Sehubungan itu, pada 2 April 2013, pihak PPSPPA Cawangan Kulim telah menjalankan pemantauan berkenaan dengan implementasi set Compost Chang tersebut untuk melihat perkembangan amalan menggunakan semula sisa makanan untuk dijadikan baja. Ternyata, baja organik yang disediakan tidak busuk dan tidak juga berulat. Antara sisa makanan yang dimasukkan ke dalam bakul tersebut ialah seperti kulit pisang dan kulit buah betik. Keadaan seed compost juga agak lembap dan tidak terlalu kering. Penduduk kampung tersebut juga bergilir-gilir menggaul sedd compost berkenaan pada setiap hari.






Tiada ulasan: