14 April 2013

PROGRAM 3R DI WISMA DARUL AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI WISMA DARUL AMAN

Pihak pengurusan Wisma Darul Aman telah menjalankan program 3R pada 14 April 2013 iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula bersama-sama pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah. Pada kali ini, penglibatan penjawat-penjawat awam, staf-staf sokongan dan pekerja am dari setiap bahagian dan jabatan di wisma berkenaan sangat menggalakkan. Antara barangan kitar semula yang telah dikutip ialah kertas-kertas rincih, kertas cetakan hitam putih, botol-botol plastik, tin aluminium dan sebagainya. Hasilnya sebanyak 1.2 tan barangan kitar semula yang berjaya dikutip, ditimbang dan dijual kepada pihak vendor yang berdekatan. Ianya bersamaan dengan jumlah hasil jualan sebanyak RM 400.00 lebih. Tahniah dan syabas diucapkan kerana menyokong kempen kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA selama 2 tahun berturut-turut.





Tiada ulasan: