9 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK JABI

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI SMK JABI, JABI

Pada 9 April 2013, satu ceramah berkaitan dengan Program Bank Kitar Semula di SMK Jabi telah dijalankan. Antara perkara-perkara yang diketengahkan ialah pengenalan PPSPPA, tujuan program dijalankan, konsep program, jenis-jenis barangan kitar semula dan juga harga barangan tersebut. Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kitar Semula Negeri Kedah ini dihadiri oleh keseluruhan pelajar sekolah berkenaan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang bertempat di surau sekolah berkenaan. Aktiviti kutipan barangan kitar semula dicadangkan untuk dibuat pada hari ko-kurikulum sekolah tersebut. Terdapat beberapa inisiatif yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan seperti "Sangkar 3R" yang berperanan sebagai tong kitar semula "bergerak" yang  disediakan oleh kerjasama guru-guru dan para pelajar sekolah ini. Kewujudan sangkar 3R ini meningkatkan amalan kitar semula semua warga sekolah berkaitan dan ini menyebabkan pihak PPSPPA Kedah lebih teruja untuk menjalankan program 3R yang lain seperti contoh program Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Insyaallah, aktiviti kutipan barangan kitar semula akan dijalankan di sekolah tersebut pada hujung bulan ini.








Tiada ulasan: