11 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK AGAMA KEDAH



Aktiviti kutipan di SMK Agama Kedah diteruskan pada 11 April 2013 selepas aktiviti yang sama dijalankan pada tahun  lepas. Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi, selaku Pegawai 3R PPSPPA Kedah. SMK Agama Kedah merupakan salah sebuah daripada 40 sekolah yang terlibat dalam program Bank Kitar Semula anjuran pihak PPSPPA Kedah yang sangat aktif dalam aktiviti kutipan barangan kitar semula ini. Aktiviti kutipan barangan kitar semula ini sedikit sebanyak memberi kesedaran di kalangan pelajar sekolah berkenaan dengan faedah mengitar semula sisa pepejal daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah. Sepanjang hari kutipan tersebut, sebanyak 132 kg barangan kitar semula yang berjaya dikutip dan dijual oleh pihak vendor yang dilantik bersamaan dengan RM38.15 hasil jualan barangan tersebut telah diagih-agihkan kepada para pelajar dan guru-guru yang menyertai aktiviti berkaitan.


Tiada ulasan: