4 April 2013

PROGRAM 3R DI SMK LANGGAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK LANGGAR

Buat kedua kalinya, pada bulan ini pihak pengurusan SMK Langgar sekali lagi memohon kepada pihak PPSPPA Kedah untuk menjalankan program 3R. Tarikh yang dipilih ialah pada 4 April 2013. Apabila kesemua jenis barangan kitar semula telah dikumpul dan diagihkan mengikut kelas dan individu, setiap barangan kitar semula tersebut pula diasingkan mengikut jenis dan kategori.






Dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar, guru-guru, staf-staf sokongan dan warga kerja sekolah berkenaan, sebanyak 1450.70 kg barangan kitar semula telah berjaya ditimbang oleh pihak vendor berdekatan. Sumbangan besar barangan kitar semula daripada pihak SMK Langgar ini berjaya menghasilkan jualan barangan kitar semula sebanyak RM 461.73. Ini merupakan aktiviti yang kedua kali selepas bulan lepas dan menjadikan sekolah ini antara sekolah menengah yang aktif di peringkat negeri dalam program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah. SMK Langgar juga kini merupakan sekolah yang mengumpul barangan kitar semula paling banyak berbanding sekolah lain di seluruh negeri Kedah.




Tiada ulasan: