AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG, ALOR SETAR
Pada 7 Ogos 2012, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah telah mengadakan aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Mergong seperti yang dipohon oleh Guru Penyelaras Program Pendidikan Khas sekolah tersebut.
Kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut adalah sebanyak lebih kurang 78 kg dan sejumlah RM 29.00 lebih diperoleh hasil jualan barangan kitar semula tersebut. Selain itu, warga staf sokongan juga tidak ketinggalan menyertai program 3R berkenaan dengan menjual hampir 300 kg bersamaan dengan RM100.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan