1 Januari 2013

PROGRAM 3R DI 3 LOKASI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK MERGONG, KOMUNITI TAMAN TUNKU SARINA DAN TAMAN KOTA NELAYAN




Pada awal bulan Januari 2013, sambutan tahun baru dimeriahkan dengan aktiviti kutipan barangan kitar semula di 3 lokasi iaitu di sebuah sekolah di Alor Setar dan 2 komuniti di Jitra dan Alor Setar masing-masing. Lokasi-lokasi berkenaan ialah SMK Mergong, Mergong, komuniti Taman Tunku Sarina, Jitra dan Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. SMK Mergong merupakan sekolah pertama di Negeri Kedah yang menjalankan program 3R bersama-sama pihak PPSPPA Negeri Kedah dan juga vendor terdekat. Sebanyak 87 kg barangan kitar semula yang berjaya diperoleh di sekolah berkenaan. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut adalah sebanyak hampir RM 25.00.



Selepas aktiviti dijalankan di sekolah selesai, salah seorang guru sekolah tersebut menjemput pihak PPSPPA Kedah untuk menjalankan program yang sama di taman perumahan tempat tinggal guru berkenaan iaitu Taman Tunku Sarina, Jitra. Sebanyak 37 kg kotak-kotak terpakai dan kertas cetakan hitam putih diasing dan ditimbang serta dijual kepada pihak vendor yang memberi pulangan hasil jualan sebanyak RM 11.00 lebih yang mana diberikan kepada komuniti taman tersebut yang terlibat.



Kemudian, pihak PPSPPA Kedah menerima panggilan telefon daripada penduduk Taman Tunku Nelayan, Kuala Kedah yang berminat untuk menjalankan program 3R pada hari yang sama. Setelah sampai di lokasi yang dimaksudkan, kami dikejutkan dengan kuantiti barangan kitar semula yang sangat banyak dan dikumpul di salah sebuah rumah penduduk taman berkenaan yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangan kitar semula! Alhamdulillah, berkat usaha jiran-jiran tetangga, sebanyak 150 kg lebih barangan kitar semula yang kebanyakkannya tin-tin susu telah dibeli oleh pihak vendor dan pihak penduduk taman yang terlibat telah menerima sejumlah RM 90.00 lebih. Tahniah diucapkan.

Tiada ulasan: