8 Januari 2013

PROGRAM 3R DI SMA HIDAYAH ISLAMIAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMA HIDAYAH ISLAMIAH, SUNGAI KOROK

SMA Hidayah Islamiah merupakan sekolah menengah agama terawal di negeri Kedah khususnya daerah Sungai Korok yang berminat dengan program 3R anjuran PPSPPA Kedah. Aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut telah dijalankan pada 8 dan 29 Januari 2013.




Sebanyak 315.50 kg barangan kitar semula bersamaan dengan RM 90.00 lebih telah terkumpul di sekolah berkenaan sepanjang bulan Januari 2013.  




Sekolah berkenaan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan tong-tong kitar semula untuk memudahkan para pelajar dan warga sekolah mengumpulkan barangan kitar semula.

Tong Kitar Semula untuk Kertas Warna, Surat Khabar, Kotak, dan Kadbod


Tong Kitar Semula untuk Kertas yang Bertulis Ayat Al-Quran


Tong Kitar Semula untuk Kertas Putih

Tiada ulasan: