3 Januari 2013

PROGRAM 3R DI FLAT TAMAN SETIA JAYA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI FLAT TAMAN SETIA JAYA, JALAN LANGGAR

Komuniti Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar merupakan salah sebuah komuniti yang sangat berminat dengan program kitar semula dan pengasingan sisa yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Kedah. Komuniti ini telahpun menyatakan hasrat untuk menjalankan program kutipan barangan kitar semula pada bulan Disember tahun lalu dan pada bulan Januari 2013, aktiviti kutipan tetap diteruskan dengan bantuan pihak vendor yang berhampiran oleh kerana kuantiti sampah atau sisa pepejal yang semakin meningkat di lokasi berkaitan. Oleh yang demikian, hari Khamis pada setiap minggu merupakan hari khas yang sangat padat untuk menjalankan program 3R di komuniti berkenaan sahaja. Pada 3 dan 10 haribulan Januari 2013, pihak PPSPPA Kedah telah menjalankan program pengasingan sisa dan seterusnya aktiviti kutipan barangan kitar semula di komuniti berkenaan.









Jadual aktiviti berkaitan yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari mendapat sambutan yang amat hangat yang mana, kaunter kutipan barangan kitar semula PPSPPA Kedah menjadi tidak ubah seperti keadaan di pasar basah. Tumpuan orang ramai yang majoritinya penduduk di flat berkenaan membanjiri kaunter kami dengan barangan kitar semula milik masing-masing. Pada bulan Januari sahaja, sebanyak 890 kg barangan kitar semula yang berjaya dijual kepada pihak vendor dan hasil jualan sebanyak RM 430.00 dibahagikan kepada komuniti yang terlibat dengan rekod buku yang disediakan oleh warga kerja Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah. Rekod kutipan ini kurang daripada bulan Disember tahun lepas oleh kerana jadual yang padat pihak Bahagian dengan aktiviti 3R di lokasi lain. Insyaallah, aktiviti di flat ini akan diseragamkan. Selain itu, pihak Bahagian juga sedang mencari komuniti yang lain untuk menjalankan program yang sama. Ternyata, banyak barangan kitar semula yang terhasil di komuniti berbanding di pasaraya dan di tempat-tempat lain kerana isi rumah merupakan sumber kepada sisa pepejal.

Tiada ulasan: