21 November 2012

PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA ALOR SETAR





Selapas menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di Kompleks Membeli-belah City Plaza pada 21 November 2012, aktiviti yang sama juga diadakan di Ibu Pejabat PPSPPA Alor Setar untuk membersihkan kawasan sekitar pejabat dan setor pengumpulan barangan kitar semula pejabat. Dengan bantuan vendor berhampiran, aktiviti berkenaan telah berjaya mengumpul sebanyak hampir 590 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak-kotak terpakai, botol-botol plastik dan tin-tin aluminium yang tidak digunakan. Tidak lupa juga besi-besi yang dibawa oleh warga kerja PPSPPA Ibu Pejabat khususnya anggota penguatkuasa turut dijual kepada vendor.

Tiada ulasan: