11 November 2012

PROGRAM 3R DI MASJID AMAN, KUALA KEDAH, ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI MASJID AMAN, KUALA KEDAH, ALOR SETAR





Program 3R secara amal jariah dijalankan sekali lagi di Masjid Aman yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah diketuai oleh En Mohd Azrul Bin Azmi selepas kutipan di Wisma Darul Aman dan Komuniti Taman Teratai Jingga, Fasa 2 pada 11 November 2012. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula ini dikumpul dan diasingkan oleh pihak Koperasi Masjid Aman dan ditimbang serta dijual oleh vendor yang berdekatan. Sebanyak 44 kg kotak terpakai dan 1.5 kg botol-botol plastik ditimbang dan dijual menghasilkan sejumlah RM 13.37 dan diberikan kepada pihak koperasi masjid. Program 3R ini bukan sahaja membersihkan kawasan masjid, bahkan menjadi suatu aktiviti amal jariah yang membuahkan pahala berlipat ganda kepada sesiapa yang terlibat membersihkan kawasan masjid. Ini boleh dijadikan suatu pengajaran buat generasi muda untuk menghargai dan menjaga kebersihan dan keceriaan masjid kita. 

Tiada ulasan: