4 November 2012

PROGRAM 3R DI SMK CONVENT ALOR SETAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK CONVENT, ALOR SETAR

Pada 4 November 2012, SMK Convent telah bekerjasama dengan pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah untu menjalankan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula di perkarangan tapak perhimpunan sekolah berkenaan.







Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi daripada Bahagian  Kitar Semula dan Kesedaran Awam. Tujuan aktiviti kutipan barangan kitar semula ini diadakan ialah untuk menjana tabung pembiayaan untuk pembangunan surau baru sekolah berkenaan. Alhamdulillah, hasil kutipan barangan lusuh terbabit pada hari berkenaan ialah sebanyak 1.3 tan lebih memungkinkan sejumlah RM 300.00 lebih telah disumbangkan kepada sekolah berkenaan. Pihak PPSPPA Negeri Kedah berharap agar aktiviti 3R berkenaan dapat memberikan sumbangan yang besar atas pembangunan surau sekolah tersebut. Moga-moga surau baru berkenaan dapat dibangunkan dengan cepat. Amin.

Tiada ulasan: