17 November 2012

PROGRAM 3R DI STADIUM DARUL AMAN

PROGRAM LARIAN JOM! KITAR SEMULA DAN HABITAT 2012 DI STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR

Seperti yang telah dirancangkan, program Larian Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012 telah dilaksanakan pada 17 November 2012 yang telah dianjurkan oleh pihak PPSPPA di seluruh Semenanjung Malaysia khususnya di Alor Setar, Kedah. Aktiviti yang bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu bermula pada pukul 7.00 pagi yang mana setiap peserta larian seramai lebih kurang 3000 orang membanjiri lokasi berkenaan untuk menyokong kempen kitar semula yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA selain menyihatkan badan. Sebagai tanda sokongan terhadap kempen 3R, barangan kitar semula dibawa bersama-sama peserta dan diberikan kepada pihak urusetia untuk dikitar semula sebagai yuran pendaftaran. Sebagai cenderahati, para peserta diberikan baju T-shirt larian, makanan, minuman dan juga sijil penyertaan larian tersebut. Selain itu, aktivti penyampaian hadiah dan cenderahati serta cabutan bertuah turut diadakan selepas acara larian berkenaan. Pihak PPSPPA Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan masyarakat yang celik dengan amalan kitar semula yang diselitkan dalam acara tersebut. Pihak PPSPPA berharap agar acara tahunan ini dapat memberi kesedaran awam kepada orang ramai bahawa dengan mengitar semula sisa pepejal dapat meningkatkan kebersihan alam sekitar serta menyelamatkan bumi kita.










Tiada ulasan: