13 Jun 2013

PEMANTAUAN AMALAN PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK AGAMA KEDAH

AKTIVITI PEMANTAUAN AMALAN PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI KALANGAN WARGA SMK AGAMA KEDAH

Pada 13 Jun 2013, satu aktiviti pemantauan berkaitan dengan amalan rawatan sisa organik (sisa makanan) menggunakan kaedah Pengkomposan Takakura telah dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah di SMK Agama Kedah. Aktiviti pemantauan ini dijalankan bertujuan memastikan amalan mengguna semula sisa makanan untuk dijadikan baja organik dipraktikkan oleh masyarakat supaya janaan sisa makanan dapat dikurangkan. Hasil pemerhatian mendapati, terdapat tompokan berwarna putih muncul di permukaan atas seed compost. Ini merupakan mikroorganisma yang berperanan menguraikan sisa makanan yang dimasukkan ke dalam Compost Chang pada setiap 2 hari. Insyaallah, pemantaun seterusnya akan dijalankan pada bulan hadapan.

Tiada ulasan: