13 Jun 2013

PROGRAM 3R DI SMK KEPALA BATAS

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK KEPALA BATAS

Buat pertama kalinya dalam tahun 2013, pihak SMK Kepala Batas telah menjemput pihak PPSPPA Kedah untuk menganjurkan program 3R di sekolah berkenaan sejak pertukaran Pengetua dan Guru Penyelaras Program yang baru. Hal ini menunjukkan kesedaran awam oleh warga sekolah terhadap program 3R anjuran PPSPPA Kedah semakin meningkat walaupun pengurusan aktiviti kutipan barangan kitar semula di sekolah tersebut bertukar tangan.







Oleh yang demikian, pada 13 Jun 2013, satu aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di SMK Kepala Batas yang diusahasama oleh pihak vendor yang berhampiran. Ternyata, sambutan aktiviti ini amat menggalakkan berikutan dengan tempoh rehat yang sangat panjang daripada menjalankan aktiviti tersebut pada tahun lepas. Sepanjang hari itu, sebanyak 1 tan lebih barangan kitar semula yang dikumpul oleh kesemua warga sekolah berkenaan termasuklah pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Pengetua sekolah sangat terpegun dan bangga dengan komitmen warga sekolah yang tidak mudah penat mengumpul dan mengasingkan barangan kitar semula milik mereka. Hasilnya, sejumlah RM339.68 telah diberikan kepada pihak sekolah untuk mengagihkan duit hasil jualan barangan kitar semula tersebut kepada pihak yang terlibat.

Tiada ulasan: