11 Jun 2013

PROGRAM 3R DI SMK MUADZAM SHAH

AKTIVITI CERAMAH PROGRAM BANK KITAR SEMULA DAN PERASMIAN PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA / ALAM SEKITAR DI SMK MUADZAM SHAH


Selepas bengkel TOT Penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar sekolah-sekolah di Zon Utara pada bulan Mei 2013 yang lalu, terdapat beberapa buah sekolah di sekitar negeri Kedah yang berminat untuk menubuhkan kelab berkenaan. Antara sekolah yang berminat termasuklah SMK Muadzam Shah yang ingin mengadakan majlis rasmi penubuhan kelab tersebut pada 11 Jun 2013. Pada hari yang sama juga, pihak sekolah turut menjemput wakil daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menyampaikan taklimat ringkas berkenaan dengan Program Bank Kitar Semula dan sama-sama terlibat dalam majlis perasmian tersebut.
















Tiada ulasan: