7 Mei 2013

PROGRAM 3R DI SEK MEN TEKNIK ALOR SETAR

AKTIVITI CERAMAH BERKENAAN PPSPPA, KEMPEN KITAR SEMULA DAN RAWATAN SISA MAKANAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar telah menjemput wakil daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan PPSPPA dan Kempen Kitar Semula menyedarkan warga sekolah khususnya para pelajar untuk menjaga kebersihan sekolah. Penceramah daripada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah iaitu En Mohd Azrul Bin Azmi telah menyampaikan ceramah berkenaan yang berdurasi selama 2 jam.









Ceramah sebegini dapat memberikan pendedahan yang lebih teliti dan meluas berkenaan dengan cara-cara menjaga kebersihan kawasan sekolah selain menyelamatkan bumi kita daripada terdedah dengan pencemaran. Selain menyampaikan ceramah berkaitan dengan kempen 3R dan kitar semula, En Azrul juga menyelitkan ceramah beliau dengan taklimat ringkas mengenai Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura. Selepas selesai sesi soal jawab bersama para pelajar dan guru-guru, cenderahati berupa satu set Compost Chang  telah diberikan oleh pihak PPSPPA Kedah kepada pihak pengurusan sekolah untuk membantu mengurangkan kadar janaan sisa makanan di sekolah berkenaan sambil menyediakan baja organik yang bersifat mesra alam.


Tiada ulasan: