1 Mei 2013

PROGRAM 3R DI SMK JABI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN PEMANTAUAN AKTIVITI RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK JABI

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Jabi pada 1 Mei 2013. Aktiviti yang telah dipohon oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan dijalankan dengan jayanya di dataran perhimpunan sekolah tersebut dan dihadiri oleh hampir kesemua pelajar sekolah berkenaan. Penglibatan guru-guru juga meningkatkan semangat kitar semula di kalangan warga sekolah tersebut yang menyokong amalan 3R yang diperjuangkan oleh pihak PPSPPA Kedah.









Sepanjang hari kutipan di sekolah tersebut, sebanyak lebih kurang 830.5 kg kertas terpakai, 326 kertas cetakan hitam putih, 55 kg botol-botol plastik yang tidak digunakan, 26.5 kg tin-tin kosong, 1 kg aluminium, dan 14 kg besi-besi buruk yang berjaya ditimbang dan diasingkan seterusnya dijual kepada pihak vendor. Hasil jualan barangan kitar semula tersebut adalah sebanyak RM 405.89 telah diberikan kepada pihak sekolah terbabit.

Selain menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula, pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah juga menjalankan aktiviti pemantauan pada amalan rawatan sisa organik menggunakan kaedah Pengkomposan Takakura di sekolah berkenaan.




Walaupun sekolah berkenaan masih baru dalam ilmu pengkomposan, namun ianya tidak mematahkan semangat warga sekolah ini untuk mengusahakan amalan rawatan sisa organik tersebut pada setiap hari sambil mengurangkan kadar pembuangan sisa makanan. Dengan menggunakan set Compost Chang yang diberikan sebagai cenderahati oleh pihak PPSPPA Kedah, pihak warga sekolah tersebut yang terdiri daripada para pelajar dapat mengurangkan janaan sisa makanan dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 genggam sisa makanan pada setiap 2 hari ke dalam set Compost Chang tersebut.

Tiada ulasan: