2 Februari 2013

PENCAPAIAN PROGRAM 3R DI NEGERI KEDAH

PROGRAM KITAR SEMULA TAHUN 2012

Sepanjang tahun 2012, terdapat sebanyak 7 program utama bagi keseluruhan aktiviti kitar semula anjuran pihak PPSPPA Negeri Kedah iaitu program Bank Kitar Semula di Sekolah, program Bank Kitar Semula di Tadika, program Pengasingan Sisa Di Sumber di Kompleks Pejabat Kerajaan, program Pengasingan Sisa Di Sumber di Komuniti, program Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya, program Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat-pejabat Cawangan PPSPPA Negeri Kedah, dan juga program Pengkomposan Menggunakan Kaedah Takakura. Sebagai hasil kempen kitar semula dan kesedaran awam yang dianjurkan pihak PPSPPA Negeri Kedah sepanjang tahun 2012, kuantiti pengumpulan sisa pepejal yang boleh dikitar semula semakin bertambah dan ini menunjukkan bahawa kesedaran awam semakin meningkat.

LAPORAN JUMLAH KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA MENGIKUT KATEGORI BAGI KESELURUHAN TAHUN 2012

Bil
Program
KG
1
Bank Kitar Semula di Sekolah-sekolah
50567.11
2
Bank Kitar Semula di Tadika
3133.61
3
Pengasingan Sisa di Sumber di Kompleks Pejabat Kerajaan
33750.39
4
Pengasingan Sisa di Sumber di Komuniti
7198.4
5
Kitar Semula Melalui Drive-Thru di Pasaraya
1238.45
6
Kitar Semula di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan PPSPPA Kedah
2827.28
Jumlah Kutipan (KG)
98715.24

Sebanyak hampir 99 tan barangan kitar semula yang telah diperoleh bersamaan dengan hampir RM36,000 duit hasil jualan barangan kitar semula untuk kesemua program anjuran PPSPPA Negeri Kedah. Selain itu, terdapat aktiviti tambahan untuk program kitar semula yang dijalankan oleh pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah iaitu program kitar semula di pusat-pusat komersial dan penjaja seperti di restoran makanan segera, kedai serbaneka, dan syarikat pembersihan. Jumlah kutipan barangan kitar semula di pusat-pusat komersial ini adalah sebanyak 6483.05 kg bersamaan dengan hasil jualan sebanyak RM2080.51 sepanjang tahun 2012. Oleh itu, secara kesimpulannya sebanyak 105 tan barangan kitar semula yang berjaya diselamatkan daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah di seluruh negeri Kedah melalui program yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Negeri Kedah sepanjang tahun 2012. Hal ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan mengenai kesedaran awam di kalangan masyarakat Negeri Kedah tentang konsep 3R, pengasingan sisa di sumber dan kitar semula khususnya, berbanding tahun 2011.

Tiada ulasan: