20 Februari 2013

PROGRAM 3R OLEH MBAS

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA OLEH STAF-STAF MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR (MBAS)

Warga kerja MBAS telah menjalankan program 3R bersama-sama warga kerja PPSPPA Kedah pada 20 Februari 2013. Hal ini berikutan dengan aktiviti pembersihan pejabat sempena program 5S yang telah dianjurkan oleh MBAS sendiri. Hasilnya, barangan kitar semula seperti kotak-kotak terpakai dan kertas-kertas rincih yang tidak digunakan lagi wajib dikitar semula dan khidmat Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah diperlukan.




Sepanjang hari berkenaan, sebanyak 12 kg barangan kitar semula yang telah dihantar, diasingkan dan ditimbang dan sejumlah RM3.36 telah diberikan kepada mereka.


Tiada ulasan: