6 Februari 2013

PROGRAM 3R DI MITC

PEMBENTANGAN AKTIVITI RAWATAN KOMPOS MENGGUNAKAN KAEDAH TAKAKURA PERINGKAT NEGERI DI MITC, MELAKA

Pada 6 Februari 2013, wakil pihak Bahagian Kitar Semula Dan Kesedaran Awam, iaitu Pegawai 3R dari setiap negeri telah menghadiri satu bengkel iaitu Bengkel Rawatan Sisa Organik Menggunakan Teknik Pembajaan Pengkomposan Takakura di MITC, Melaka. Selaku Pegawai 3R Negeri Melaka, En Mohd Azrul Bin Azmi berperanan menghadiri bengkel tersebut dan membentangkan segala program berkaitan aktiviti pengkomposan di Negeri Kedah. Bengkel tersebut juga telah menemukan semua Pegawai 3R yang turut membentangkan projek, masalah dan cadangan penyelasaian untuk aktiviti kompos tersebut.




 

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh pelopor kaedah rawatan sisa organik Takakura, En Koji Takaura daripada Negara Jepun. Beliau telah mendengar segala pembentangan daripada Pegawai 3R Malaysia dan memberi pembentangan penutup yang merangkumi idea-idea baru dan cadangan penyelesaian yang bersesuaian. Promosi yang meluas juga merupakan antara cadangan untuk memperkembangkan kaedah rawatan tersebut.

Tiada ulasan: