2 Februari 2013

PROGRAM 3R DI MASJID AMAN

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOPERASI MASJID AMAN





Pada 2 Februari 2013, pihak pengurusan Koperasi Masjid Aman telah mengadakan program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula untuk membantu menjana pendapatan koperasi masjid tersebut. Hasilnya, sebanyak 60 kg barangan kitar semula seperti kotak bekas telur, kotak-kotak terpakai, botol-botol plastik dan tin aluminium telah ditimbang dan dijual kepada vendor berhampiran. Sejumlah RM15.00 lebih telah diberikan kepada pengusaha koperasi berkenaan.

Tiada ulasan: