PEMBENTANGAN PROGRAM 3R DI IBU PEJABAT PPSPPA MELAKA
Pembentangan oleh para Pegawai 3R di Negeri Melaka diteruskan lagi dengan program 3R yang telah dijalankan pada tahun lepas iaitu tahun 2012 kepada Y.Bhg Datuk CEO PPSPPA. Perbincangan tersebut juga disertai oleh semua Pengarah PPSPPA Negeri. Antara pengisian pembentangan yang telah dijalankan pada 7 Februari 2013, bertempat di Ibu Pejabat Negeri Melaka ini ialah segala hasil kempen 3R di negeri sepanjang tahun 2012, masalah-masalah yang timbul dan cadangan penyelesaian yang harus diambil. Segala penerangan yang dikemukakan oleh setiap Pegawai 3R negeri mendapat respon daripada Y.Bhg Datuk CEO dan para Pengarah PPSPPA Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan