20 Julai 2013

PROGRAM 3R DI LANGKAWI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI 2 BUAH KOMUNITI DI LANGKAWI!!!!

Pihak pengurusan Pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi telah menjalankan program 3R pada 2 hari berturut-turut mulai 20 Julai 2013 sehingga 21 Julai 2013 di 2 buah komuniti. Program yang dimaksudkan ialah aktiviti kutipan barangan kitar semula iaitu di Perkampungan Kastam Penarak pada 20 Julai dan juga Pejabat ADUN Kuah pada 21 Julai 2013. Ikuti laporan di bawah:

Aktiviti kutipan barangan kitar semula di Perkampungan Kastam Penarak (20 Julai 2013)

Sepanjang aktiviti dijalankan, pihak pengurusan Pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi dan juga komuniti Perkampungan Kastam Penarak ini menggunakan khidmat dan kerjasama daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk menjayakan program 3R ini. Sebanyak 666 kg barangan kitar semula telah dijumpai, dikumpul, ditimbang dan dijual oleh pihak syarikat dan sejumlah RM147.82 telah disampaikan kepada komuniti perkampungan berkenaan yang telah menumbangkan barangan kitar semula milik mereka.








Aktiviti kutipan barangan kitar semula di Pejabat ADUN Kuah (21 Julai 2013)

Pada keesokkan harinya, aktiviti kutipan barangan kitar semula di Pejabat ADUN Kuah pula menyusul. Dengan bantuan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd juga, aktiviti kutipan dapat disempurnakan sepanjang hari program dilaksanakan. Kerjasama daripada warga kerja pejabat ADUN Kuah serta warga kerja pejabat Cawangan PPSPPA Langkawi dalam membersihkan kawasan sekitar pejabat tersebut amatlah dihargai dan menghasilkan sebanyak 288 kg barangan kitar semula yang telah dikumpul, diasingkan mengikut jenis barangan dan ditimbang. Selepas selesai proses penjualan barangan kitar semula tersebut kepada vendor berdekatan, sejumlah RM53.70 hasil jualan telah diberikan kepada pihak pengurusan pejabat ADUN Kuah berkenaan atas sokongan terhadap kempen 3R yang dianjurkan oleh pihak PPSPPA Cawangan Langkawi. Terima kasih diucapkan.




Tiada ulasan: