9 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SMK LANGGAR

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SMK LANGGAR

Sekolah tradisi dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah, SMK Langgar telah menjalankan aktiviti kutipan barangan kitar semula kali kelimanya pada 9 Julai 2013. Aktiviti yang dijalankan secara besar-besaran ini bagaikan satu pesta yang mana para pelajar sekolah berkenaan tidak putus-putus membawa turun barangan kitar semula daripada kelas mereka yang berada di bangunan 3 tingkat. Sambutan yang sangat menggalakkan ini menyebabkan warga Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Kedah dan juga pihak vendor merasa terhibur dengan karenah dan riuh rendah warga sekolah berkenaan. Telatah para guru dan staf-staf sekolah juga tidak kurang hebatnya. Mereka asyik sibuk memarahi pelajar yang buat-buat nakal tetapi baik hati sebenarnya.











Alhamdulillah, aktiviti kutipan mengambil masa selama 3 jam dan sebanyak 1 tan telah dikutip, dikumpul, diasingkan mengikut jenis dan ditimbang oleh pihak vendor. Sebagai hasil jualan, sejumlah RM340.27 telah diberikan kepada guru penyelaras program untuk diagihkan kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam program berkenaan. Aktiviti ini telah memberi kesan kepada kebersihan sekolah berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini.

Tiada ulasan: