24 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SK TELUK MALEK

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK TELUK MALEK


SK Teluk Malek, Jitra merupakan salah sebuah sekolah terbaru yang menyertai program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah. Selepas aktiviti ceramah berkaitan dengan Program Bank Kitar Semula yang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan PPSPPA Kubang Pasu, pihak sekolah terus mengumpul barangan kitar semula untuk dijual kepada pihak vendor dengan tujuan membersihkan kawasan sekolah. Dengan makluman blogspot ini, pihak guru-guru pelatih di sekolah terbabit telah menghubungi pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah untuk mengadakan aktiviti penimbangan dan penjualan barangan kitar semula pada 24 Julai 2013.






Sepanjang program 3R tersebut, pelbagai barangan kitar semula telah ditemui, dikumpul, diasingkan mengikut darjah serta diasingkan mengikut jenis barangan dan akhir sekali ditimbang serta dijual oleh pihak vendor. Sebanyak 287 kg barangan kitar semula telah dikutip oleh pihak vendor bersamaan dengan RM117.71 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada setiap darjah yang terlibat serta guru-guru yang menyumbangkan barangan kitar semula milik mereka. Tidak dijangka bahawa pengumpulan barangan kitar semula di sekolah ini hanyalah mengambil masa selama 2 minggu dan beroleh barangan kitar semula yang agak banyak berbanding sekolah rendah yang lain.






Tiada ulasan: