15 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SMK JABI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN CERAMAH RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA

Aktiviti kutipan barangan kitar semula di SMK Jabi diteruskan buat kali ketiga berturut-turut pada setiap bulan bermula pada bulan Mei 2013 hingga kini. Pada 15 Julai 2013, 2 program 3R telah dijalankan di sekolah berkenaan bagi memastikan kebersihan sekolah tersebut terjamin. Pada sesi pagi, aktiviti kutipan barangan kitar semula telah dijalankan di perkarangan tapak perhimpunan sekolah berkenaan yang mana, pihak vendor dan PPSPPA Kedah turut hadir memberikan kerjasama.









Kutipan kali ini mengumpul sebanyak 429 kg barangan lusuh yang telah diasingkan mengikut jenis dan kategori. Hasil kutipan barangan kitar semula ini adalah lebih kurang sama kuantitinya dengan kutipan pada bulan lepas iaitu sejumlah RM170.69. Pengumpulan barangan kitar semula ini dikelaskan mengikut tingkatan dan kelas yang mahu menyumbangkan barangan mereka. Ada juga individu yang inisiatif menghantar barangan kitar semula milik mereka kepada pihak vendor untuk dijual. 










Selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula, program 3R seterusnya ialah ceramah ringkas berkenaan dengan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura kepada 50 orang pelajar SMK Jabi yang kesemuanya merupakan ahli Persatuan Sains dan Alam Sekitar. Antara pengisian ceramah ialah pengajaran ilmu menghasilkan baja organik atau baja kompos daripada sisa makanan. Sesi pemantauan amalan pengkomposan ini akan dijalankan oleh pihak PPSPPA Kedah di sekolah berkenaan pada setiap bulan bagi memastikan amalan ini berterusan hingga baja kompos dihasilkan sendiri oleh pihak sekolah.

Tiada ulasan: