4 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SK PUTAT

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK PUTAT

Selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula pada 18 Jun 2013 yang lepas, kali ini sekali lagi, pihak SK Putat menjalankan program 3R yang sama untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah.













Berbanding kutipan pada bulan lepas, kali ini sebanyak 57.5 kg kertas cetakan hitam putih, 50.5kg kertas berwarna dan majalah, 53kg surat khabar, 43.5kg kotak-kotak terpakai dan kulit buku, 28.5 botol-botol plastik, 2.5kg tin-tin susu dan sebuah peti sejuk yang tidak digunakan lagi telah dijual kepada pihak vendor yang dilantik. Hasil kutipan kali ini adalah sebanyak 285.5 kg bersamaan dengan RM116.99 telah diberikan kepada pihak pengurusan sekolah untuk diagihkan kepada para pelajar seterusnya guru-guru dan staf sokongan yang telah terlibat. Alhamdulillah, program 3R anjuran PPSPPA Kedah telah melibatkan semua lapisan masyarakat daripada golongan kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.

Tiada ulasan: