11 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SMK SIMPANG KUALA

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN PEMANTAUAN AMALAN RAWATAN SISA ORGANIK DI SMK SIMPANG KUALA

Merupakan antara sekolah yang junior atau sekolah baru yang menyertai program 3R anjuran pihak PPSPPA Kedah pada tahun 2013. SMK Simpang Kuala telah menyertai program 3R anjuran Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Kedah iaitu aktiviti Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah daripada janaan sisa makanan. Daripada pembabitan warga sekolah khususnya para pelajar dalam aktiviti berkenaan, tercetuslah pula idea mereka untuk menyertai aktiviti mengumpul dan mengasingkan sisa atau barangan yang boleh dikitar semula yang juga merupakan objektif mereka dalam membersihkan kawasan persekitaran sekolah.







Didapati sepanjang hari aktiviti kutipan dijalankan oleh sebahagian warga sekolah dan pihak vendor yang berdekatan, berjaya mengumpul sebanyak 403 kg bersamaan dengan RM132.87. Jumlah hasil jualan barangan kitar semula tersebut telah diagihkan kepada semua warga sekolah yang terlibat. Setelah selesai aktiviti kutipan, barulah pihak PPSPPA Kedah membuat sesi pemantauan amalan rawatan sisa makanan menggunakan kaedah Pengkomposan Takakura oleh para pelajar sekolah terbabit.



Hasil pemantauan amalan rawatan sisa organik tersebut mendapati seed compost masih sedang dibangunkan dengan memasukkan sisa makanan ke dalam set compost chang tersebut pada setiap hari oleh para pelajar yang merupakan ibu dan bapa kepada set compost chang. Pemerhatian telah dijalankan dan nasihat telah diberikan kepada pelajar terbabit supaya memasukkan air paip setengah gelas setiap kali melihat atau menggaul seed compost jika didapati kering. Sisa makanan yang dimasukkan pula perlulah kering dan tidak terlalu basah untuk mengelakkan bau masam dan ulat daripada membiak.

Tiada ulasan: