17 Julai 2013

PROGRAM 3R DI SMK MUADZAM SHAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN PEMANTAUAN AMALAN RAWATAN SISA ORGANIK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGKOMPOSAN TAKAKURA DI SMK MUADZAM SHAH














SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut merupakan sekolah yang baru dalam program 3R anjuran PPSPPA Kedah. Maka tidak hairanlah bahawa kempen 3R ini telah menular ke seluruh sekolah di negeri Kedah atas keperihatinan masayarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan. Alhamdulillah, walaupun program 3R yang dijalankan pada 17 Julai 2013 ini merupakan aktiviti pertama kali warga sekolah berkenaan, namun sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh mereka terutama para pelajar, guru-guru dan staf-staf sokongan. Diharap budaya ini dapat dikekalkan di sekolah berkenaan sampai bila-bila. 








Sebanyak 471 kg barangan kitar semula telah dikutip, dikumpul dan ditimbang oleh pihak vendor yang telah dilantik. Sejumlah RM151.68 telah dipulangkan kepada guru penyelaras program dan juga Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar sekolah berkenaan. Sejak penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar di sekolah ini pada 11 Jun 2013 yang lalu, segala urusan berkaitan kempen 3R dan Pengkomposan Takakura telah dikelolakan oleh ahli kelab ini yang kebanyakkannya pelajar Pendidikan Khas.


Selepas selesai aktiviti kutipan barangan kitar semula, pihak PPSPPA Kedah telah menjalankan aktiviti pemantauan Amalan Rawatan Sisa Organik Menggunakan Kaedah Pengkomposan Takakura yang dijalankan oleh pelajar sekolah berkenaan. Amalan rawatan sisa organik dengan menggunakan Compost Chang ini telah dijalankan oleh mereka sejak bulan Mei 2013. Setelah diperhatikan, didapati kandungan Seed Compost kering dan selain daripada itu, pengendalian set Compost Chang tersebut amat baik. Jadual pemberian sisa makanan oleh para pelajar adalah sekali pada setiap 2 hari dan mereka menggaul seed compost tersebut pada setiap hari.





Tiada ulasan: