12 Jun 2012

PROGRAM 3R DI ALOR SETAR

AKTIVITI PENJUALAN BARANGAN KITAR SEMULA DI IBU PEJABAT PPSPPA NEGERI KEDAH


Bahagian Kitar Semula, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah sekali lagi menerima kunjungan staf-staf daripada Restoran McD, Kompleks membeli belah City Plaza pada 12 Jun 2012 untuk menjayakan kempen kitar semula. Kali ini, En Azminor daripada restoran tersebut membawa sejumlah 50 kg lebih dan setelah ditimbang, beliau membawa pulang RM 18.00 lebih untuk dibahagikan sesama staf-staf restoran yang lain. Maka, penuhlah barangan kitar semula di pejabat kami dan barang-barang kitar semula tersebut akan kami jual di pusat kitar semula berdekatan.




Perbandingan antara harga barangan yang dibeli oleh pengusaha-pengusaha barangan lusuh yang menggunakan van di luar sana dengan harga barangan yang ditawarkan oleh pihak kami adalah berbeza. Pihak PPSPPA menawarkan harga yang lebih tinggi untuk menggalakkan kempen kitar semula dan untuk membantu masyarakat.

Tiada ulasan: