3 Jun 2012

PROGRAM 3R DI SUNGAI PETANI

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA MELALUI DRIVE-THRU DI PASARAYA GIANT HYPERMARKET, SUNGAI PETANI


Seperti biasa, Program 3R iaitu aktiviti kutipan barangan kitar semula melalui Drive-Thru di Pasaraya Giant Hypermarket, Sungai Petani telah dijalankan dengan jayanya pada 3 Jun 2012 pukul 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Antara wakil PPSPPA yang hadir ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi dibantu oleh En. Muhamad Fadzley Bin Yaakop, En. Azrishah Bin Adli, En. Mohd Badrul Hisham Bin Azizi, dan En. Mohd Adib Sallihan Bin Jamaludin daripada Pejabat Cawangan PPSPPA Sungai Petani. Wakil daripada Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Saufi Halim.





Untuk mempromosikan program kali ini, terdapat satu kelainan yang diilhamkan oleh para urusetia iaitu menyediakan belon kepada kanak-kanak. Alhamdulillah, dengan pendekatan yang dibuat, ramai pengunjung pasaraya mengerumuni kaunter Drive-Thru kami kerana kemeriahan pemberian belon kepada kanak-kanak menyebabkan pihak ibu bapa mengenali program kutipan melalui Drive-Thru yang dijalankan seterusnya menjual barangan kitar semula mereka kepada kami. Tidak lupa juga para peniaga di dalam pasaraya yang turut serta terlibat dalam penjualan barangan kitar semula daripada kedai mereka kepada kami. Hasilnya kutipan sepanjang hari tersebut adalah sebanyak lebih kurang 80 kg yang bersamaan dengan kutipan sepanjang bulan lepas!




Kami tidak menyangka kutipan dalam masa sehari boleh menyamai kutipan selama sebulan dan ini menampakkan bahawa suatu program itu memerlukan promosi yang aktif dan menyeluruh. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya urusetia program. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Pasaraya yang menyediakan tapak untuk kami menjalankan program ini. Insyaallah, program yang sama akan diadakan lagi pada waktu yang sama, Ahad, 24 Jun 2012. Kepada orang ramai dan penduduk-penduduk berhampiran, silalah berkunjung dan membawa barangan kitar semula untuk dijual di kaunter Drive-Thru Kitar Semula PPSPPA Kedah di hadapan pintu masuk Pasaraya Giant Hypermarket untuk memperoleh duit hasil jualan barangan kitar semula tersebut. Diharap anda semua dapat memberi kerjasama untuk membantu menjaga kebersihan persekitaran, memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah dan menyelamatkan bumi kita sambil menjana pendapatan melalui KITAR SEMULA! 

Ke arah kebersihan alam dan pengamalan kitar semula untuk semua!

Terima kasih!
;-)

Tiada ulasan: