28 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KUBANG PASU, ALOR SETAR DAN PADANG TERAP

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI KOMUNITI SERTA PENCARIAN VENDOR-VENDOR DAN "PLAYERS" KITAR SEMULA DI SEKITAR KUBANG PASU, ALOR SETAR DAN PADANG TERAP

Pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Kedah kini sedang dalam progres mencari vendor-vendor dan "Players" yang bertindak sebagai orang tengah, pengusaha, dan peniaga dalam urusan jual beli barangan kitar semula di sekitar Kubang Pasu, Alor Setar dan Padang Terap pada 27 - 28 Mei 2012. Tujuan pencarian ini diadakan adalah untuk membuat kaji selidik berkenaan dengan masalah kitar semula barangan kaca yang semakin tidak diminati oleh pihak vendor ini, pengusaha dan pengilang barangan kitar semula. Selain itu, aktiviti pencarian ini juga dimanfaatkan untuk membuat survey berkenaan dengan harga pasaran terkini bagi setiap jenis barangan kitar semula  di kalangan "Players" yang berniaga di kawasan-kawasan berkenaan.

Sambil-sambil meluangkan masa mencari lokasi vendor-vendor tersebut, En. Mohd Azrul Bin Azmi dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman daripada PPSPPA Negeri Kedah sempat mencari komuniti yang berminat dengan aktiviti kitar semula. Antara komuniti yang berminat dengan aktiviti tersebut ialah En. Amran daripada komuniti Taman Ehsan, Kubang Pasu dan En. Ismail daripada komuniti Taman Koperasi, Alor Setar.




 En. Amran daripada komuniti Taman Ehsan, Kubang Pasu yang merupakan peniaga air minuman telah mendapat sebanyak RM 16.40 hasil jualan barangan kitar semula seperti tin minuman sebanyak 41 kg dengan harga RM0.40 sekilogram. 




En. Ismail daripada komuniti Taman Koperasi, Alor Setar pula memperoleh sebanyak RM 31.00 hasil jualan barangan kitar semula seperti besi dan aluminium sebanyak 25 kg. Insyaallah, aktiviti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan diharap moga-moga terdapat komuniti-komuniti lain yang berminat dengan kempen kitar semula tersebut. 

Pencarian vendor-vendor dan "Players" berakhir pada pukul 4.30 petang dengan sebanyak 10 vendor telah dijumpai dan senarai harga telah didapati berbeza pada setiap vendor dan boleh dirujuk dan digunapakai jika terdapat aktiviti kutipan barangan kitar semula di tempat-tempat sekitar vendor-vendor tersebut. 

Tiada ulasan: