6 Mei 2012

PROGRAM 3R DI SANGLANG

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI SK SANGLANG, KEDAH






Selepas aktiviti kutipan barangan kitar semula terakhir pihak sekolah pada akhir tahun 2011, kini, pihak SK Sanglang sekali lagi memohon kepada pihak PPSPPA Negeri Kedah dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk menjalankan program kutipan barangan kitar semula pada 6 Mei 2012 pukul 9.00 pagi bertempat di dataran perhimpunan sekolah.




Antara wakil pihak PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En Mohd Azrul Bin Azmi, Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar dan En Muhamad Sharifuddin Bin Ab Rahman manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Faiz, Pak Hamid dan rakan-rakan.




Sejumlah RM600.00 lebih bersemaan dengan lebih kurang 1.7 tan hasil jualan barangan kitar semula telah dikutip di sekolah tersebut. 

Tiada ulasan: