24 Mei 2012

PROGRAM 3R DI KUALA KEDAH

AKTIVITI KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA DI TABIKA KEMAS SEBERANG KOTA DAN KOMUNITI TAMAN KOTA NELAYAN, KUALA KEDAH

Tabika KEMAS Seberang Kota, Taman Kota Nelayan telah memohon kepada pihak Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, PPSPPA Negeri Kedah dan pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd untuk bekerjasama menyampaikan ceramah Bank Kitar Semula pada 10 April 2012. Ceramah tersebut ditujukan kepada kanak-kanak tabika berkenaan serta ibu bapa penjaga dan waris terdekat untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan mengitar semula barangan yang terpakai untuk memastikan kebersihan alam sekitar. Sebulan selepas itu, pihak tabika berkenaan menelefon pihak PPSPPA untuk mengadakan satu aktiviti kutipan barangan kitar semula di tabika tersebut pada 24 Mei 2012 pukul 9.00 pagi sebagai percubaan untuk melihat respon kanak-kanak dan waris tentang kepentingan kitar semula.


Antara warga kerja PPSPPA Negeri Kedah yang terlibat ialah En. Mohd Azrul Bin Azmi dan Cik Intan Diana Bt. Abu Bakar manakala wakil pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd ialah En. Faiz, Pak Hamid dan rakan-rakan. 



Sebanyak lebih 190 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kertas, buku, botol plastik, tin minuman, dan besi telah diperolehi bersamaan RM 74.05 telah diberikan kepada murid-murid serta pihak pengurusan sekolah tabika berkenaan. Kebetulan pada hari tersebut, ramai ibu bapa dan waris serta penduduk setempat ingin turut serta dan pihak PPSPPA telah memutuskan untuk membuat kutipan di komuniti Taman Kota Nelayan untuk mengembangkan kempen kitar semula. 




Kutipan di komuniti memperoleh sebanyak lebih 120 kg barangan kitar semula dan hasil jualan sebanyak RM57.81 telah diberikan kepada kejiranan komuniti berkenaan. Aktiviti seperti ini akan diteruskan setiap bulan pada masa-masa yang akan datang.









Tiada ulasan: